FATIMAH ENTERPRISE telah ditubuhkan pada tahun 2000, dengan objektif untuk turut serta dalam Industri Pembinaan khususnya di Sabah. Syarikat ini mengusahakan kerja-kerja dalam bidang Kejuruteraan Awam, Pembinaan, Kerja-kerja Penyelenggaraan bangunan seperti Pembaikkan Am bagi bangunan, Pendawaian dan kerja-kerja Landskaping.
FATIMAH ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Bumiputera dengan milikan 100% bumiputera yang berpengalaman dan banyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pihak Industri Pembinaan serta menjalankan kerja kontrak kecil-kecilan. Selain itu, syarikat ini juga berazam melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam bidang kerja ini dengan menyertai projek-projek yang ditawarkan kerajaan mahupun pihak swasta.
FATIMAH ENTERPRISE juga telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai Kontraktor Kerja dengan Kelas F, dan juga memiliki lessen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 bagi kerja-kerja Pembinaan Bangunan dan Kerja Kejuruteraan Awam.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)